KERACUNAN MAKANAN
Antara punca
keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses
penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan
makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.
Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria;
Susu atau makanan bersusu seperti
keju dan krim
Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi
beriyani, mi dan sebagainya
Roti dan kuih-muih
Makanan laut seperti kerang
Daging- lembu, ayam, ikan
Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang
kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.
Keadaan sekitar anda
dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari
makanan. Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;
- Makanan mentah
- Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat
dingin
- Makanan beku yang dibiarkan `cair' pada
suasana yang panas untuk terlalu lama
- Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik
selepas dibuka
- Makanan basah dan berair yang didedahkan pada
tempat panas
- Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak
dicuci dengan baik
- Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus
- Makanan tidak disimpan segera
Tanda-tanda khusus
keracunan makanan bergantung kepada jenis bakteria atau organismanya seperti:
Keracunan oleh bakteria
- Campylobacterosis disebabkan oleh
bakteria campylobacter jenis ini yang terdapat dalam ayam mentah, daging
dan susu tidak pasteur. Tanda-tanda keracunan bermula 2-5 hari selepas
makan. Selain dari tanda-tanda umum, pesakit akan mengalami demam dan
najis mengandungi darah.
Toksin
- Cirit-birit yang dialami oleh
pengembara disebabkan oleh bakteria Escherichia coli atau E.
coli yang boleh menghasilkan toksin.Penyakit ini berlaku kerana
penyediaan makanan dan air tidak bersih.
- Cereus disebabkan oleh bakteria bacillus
cereus.Tanda-tanda umum dirasai di antara 1-18 jam selepas makan.
Bagaimanapun, keracunan jenis ini tidak melebihi 24 jam.
- Cholera disebabkan oleh bakteria vibro cholera yang
terdapat dalam ikan, kerang, kupang dan jenis-jenis siput yang ditangkap
di kawasan air yang tercemar. Tanda-tanda bermula antara 1-3 hari selepas
makan dan boleh bermula dengan cirit-birit ringan dan seterusnya maut
akibat badan kehilangan air hasil daripada cirit-birit yang teruk.
- Gastroenteritis disebabkan oleh Yersinia enterocolitica,
sejenis bakteria yang terdapat dalam daging, air, sayuran mentah dan susu
tidak pasteur.Tanda-tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada
tanda umum, demam dan kelesuan mungkin berlaku sama seperti demam selsema.
Jika tidak dirawat pesakit boleh menjadi lebih teruk lagi.
- Listeriosis kerana bakteria Listeria monocytogenes.
Walaupun jarang berlaku ia boleh menyebabkan maut. Tanda penyakit
termasuklah kesejukan, keracunan darah dan kelahiran tidak cukup bulan
bagi wanita mengandung. Dalam kes yang parah, penyakit ini boleh
menyebabkan kerosakan otak dan saraf tunjang.
- Shigeliosis atau Disenteri disebabkan oleh bakteria Shigella sp., tanda-
tanda bermula dalam masa 1-7 jam selepas makan. Selain daripada
tanda-tanda umum, darah, nanah atau lendir boleh terdapat dalam najis.
- Salmonelosis. Keracunannya disebabkan oleh bakteria
Salmonella yang didapati dalam ayam. Tanda-tanda umum dirasakan selepas
24-48 jam.
- Staphylococcus aureus sejenis bakteria
yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi. Keracunan jenis ini sering
berlaku.
- Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam
selepas makan, serta berlarutan sehingga 24-48 jam. Tanda-tandanya agak
umum.
Keracunan berpunca dari virus
- Hepatitis A disebabkan oleh virus
yang terdapat dalam kerang dan siput- siput yang ditangkap di dalam air
yang dicemari oleh air kumbahan dan sayuran mentah yang tidak dibersihkan
dengan sempurna.Tanda-tanda bermula dari 2-6 minggu selepas makan dan
pesakit akan mengalami demam,lemah badan, tidak berselera dan jaundis.
Bagi kes yang parah, kerosakan hati boleh berlaku dan membawa maut.
- Norwalkvirus disebabkan oleh virus Norwalk
yang didapati dalam kerang dan siput-siput yang ditangkap di kawasan yang
dicemari najis manusia. Keracunan berpunca akibat memakan siput-siput
mentah dan dimasak tidak sempurna.
Keracunan berpunca dari protozoa
- Giardiasis disebabkan oleh
protozoa Giardia lamblia terdapat dalam saluran usus dan najis manusia.
Air kumbahan yang digunakan sebagai baja pada sayur dan penyedia makanan
tidak membersihkan tangan adalah punca berlaku keracunan ini.
- Amebiasis dikenali juga sebagai disenteri
amebik dan disebabkan oleh Entamoeba histolytica. Puncanya adalah sama
seperti keracunan protozoa Giardia lamblia.Tanda-tanda keracunan ialah
kawasan badan di sekitar hati dan usus besar menjadi lembut, cirit-birit,
rasa berdebar, kehilangan berat dan lemah badan.
Punca-punca lain keracunan
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan
sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya.
Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah
satu punca keracunan makanan.
Cara terbaik mengelak keracunan
JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan
dihidangkan ialah daging, ayam dan telur.
Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan
keselamatan di dapur.
- Peti sejuk mestilah kurang dari 4
darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dinginbeku. Perlu
diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang
daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup
atau dibungkus.
- Basuh tangan dengan teliti
sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria
salmonella atau organisme lain.
- Peralatan dapur seperti alatpemotong perlu
dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong
daging.
- Alas pemotong yang terbaik ialah jenis
arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan
bakteria hidup.
- Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yang
berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
- Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
- Elakkan dari menggunakan telur retak yang
berkemungkinan mangandungi bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang
sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella.
- Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu
tinggi, masak dengan sempurna merupakann cara yang terbaik. Elakkan makan
telur mentah dan separuh masak.
- Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan
makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah
dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.
- Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga
keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam
keadaan semulajadinya.
- Makan makanan yang dimasak serta merta.
Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.
- Simpan makanan yang telah dimasak dengan
cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan
dingin.
- Panaskan semula makanan dengan teliti. Ini
adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin
muncul semasa dalam simpanan.