Food Safety atau keselamatan makanan
adalah pengetahuan penting yang perlu ada pada semua orang. Keracunan makanan
boleh berlaku di mana-mana sama ada di rumah, warung, hotel, cafe dan majlis
keraian, di mana sajian makanan merupakan antara elemen penting. Antara punca
utama keracunan makanan berlaku adalah pencemaran bersilang atau cross
contamination .
Pencemaran bersilang ialah pemindahan
mikroorganisma merbahaya daripada satu item makanan kepada makanan yang lain
melalui perantaraan sentuhan permukaan seperti tangan, papan pemotong dan
peralatan lain.
Pencemaran bersilang berlaku apabila kuman atau
bakteria dipindahkan terutamanya daripada makanan mentah, seperti daging dan
sayuran segar, kepada makanan sedia untuk dimakan (ready-to-eat food)
seperti nasi, lauk dan salad. Makanan yang sedia untuk dimakan tidak akan
melalui proses memasak lagi, maka pencemaran yang berlaku pada ketika itu akan
membawa kepada keracunan makanan. Oleh sebab itu, pengendalian makanan yang
telah dimasak dan akan dimakan terus amat perlu dipelihara akan kebersihannya,
dari segi pengendali dan juga alatan yang digunakan yang bersentuhan dengan
makanan yang dikendalikan.
0 comments:
Post a Comment